Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Jabatan Pelajaran Negeri Melaka melalui Unit Sukan adalah tunjang utama dalam menyokong agenda negara bagi melahirkan atlet di kalangan murid-murid. Pelbagai program pembangunan sukan telah dijalankan untuk memastikan bahawa sistem pendidikan terus dapat menjadi pesada penyediaan atlet di peringkat antarabangsa. Dalam pelbagai pertandingan, atlet-etlet yang berjaya dengan prestasi cemerlang menunjukkan bahawa formula kejayaan mereka bergantung kepada berbagai faktur seperti atlet, jurulatih, penyelidik, pemimpin dan pengurusan sesebuah organisasi yang cenderung dan cekap dalam menggunakan peluang yang sedia ada dalam sistem sukan negara. Walaubagaimanapun tidak dapat dinafikan bahawa sokongan dan pengorbanan ibubapa juga merupakan faktor penting dalam membimbing, mendorong, dan meletakkan sasaran seseorang atlet.
Pencapaian MSS Negeri Melaka secara keseluruhannya menunjukkan peningkatan daripada jumlah pungutan pingat Emas iaitu daripada 13 kepada 16. Kontinjen MSS Melaka berjaya memberi saingan bermakna kepada kontinjen-kontingen MSS Negeri lain serta mengungguli beberapa acara sukan seperti Polo Air, Gimnastik dan Gimrama. Sukan-sukan seperti Boling Tenpin, Badminton dan Catur adalah sukan yang juga merupakan penyumbang pingat emas. Walaupun pencapaian Sukan Balapan dan Padang tidak dapat menandingi pencapaian tahun sebelumnya, diharapkan dengan program-program pembangunan yang dilaksanakan terutama di Sekolah Sukan Negeri Melaka, pencapaian pada 2012 akan menjadi kayu ukur kepada kecemerlangan sukan di negeri Melaka.
Sesungguhnya, saya amat mengkagumi dan menghargai jasa pengorbanan para pegawai di kalangan guru-guru kita khususnya golongan Teknikal, Pengurus dan Jurulatih yang telah membuktikan komitmen cemerlang dalam melaksanakan tugasan masing-masing dengan berkesan. Walaupun banyak halangan dan cabaran yang terpaksa ditempuh, namun rasa amanah dan tanggungjawab telah mengatasi segala-galanya. Justeru itu, Unit Sukan bagi pihak MSS Melaka merakamkam rasa penghargaan dan ribuan terima kasih atas khidmat dan sumbangan yang dihulurkan oleh semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Semoga sumbangan murni menjadi pemangkin kecemerlangan sukan khasnya kepada MSS Melaka.
Sekian, terima kasih.
‘Towards Excellence ’
ZAINAH BINTI HASSAN
Ketua Unit Sukan JPM